Riwayat Ringkasan Imam Ad-diba\\
Pengarang Qasidah Maulid Ad-diba\\

By Hayatunnufus 08 Okt 2022, 16:04:24 WIB Tokoh
Riwayat Ringkasan Imam Ad-diba\\

Jakarta - Al-Hafiz Wajih Ad-din Abu Abdullah Abdurrahman Ibnu Ali Ibnu Muhammad Ibnu Umar As-Syaibani Az-Zabidi As-Syafi'i yang masyhur dengan gelaran Imam Ibnu Ad-diba'i, suatu gelaran yang berasal dari datuknya Ali Ibnu Yusuf. Daiba' dalam bahasa Nubia (Afrika) berarti putih.

Imam Ad-diba'i adalah seorang ulama ahli hadis dan ahli tarikh. Beliau di lahirkan pada hari kamis 4 Muharram 866 h, bersamaan dengan 9 Oktober 1461 m di kota Zabid, Yaman Utara. 

Pada masa kecilnya beliau telah di asuh dan di didik oleh pamannya 'Jamaluddin Muhammad Ibnu Ismail, Mufti Zabid'. Daripadanyalah beliau telah mendapat Ilmu Al-qur'an, Ilmu Hadis, Ilmu Hisab, dan Tarbiyah yang utama.

Baca Lainnya :

Selain itu, beliau telah berguru dengan beberapa ulama pada zamannya. Antaranya adalah Imam As-Sakhawi, Ibnu Ziyad,  As-Sayid Al-Hafiz At-Tahir Ibnu Husain Al-Ahdal,  As-Syaikh Ahmad Ibnu Abdul Latif As-Syardji dan beberapa ulama di "Baital Faqih" Dari keluarga Ibnu Djam'an.

Ibnu Ad-diba'i di riwatkan mempunyai sifat yang lemah lembut, tawadhu' dan sholeh. Pada akhir hayat beliau, ramai yang datang kepadanya untuk menimba ilmu. setiap hari beliau berbolak-balik antara rumah dengan masjid tempat beliau mengajar ilmu hadis dan ilmu tarikh. Dikatakan bahwa beliau telah membaca Sahih Al-Bukhari lebih dari 100 X dan pernah menghatamkannya dalam masa 6 hari saja.

Beliau kembali ke Rahmatillah pada Jum'at pagi 12 Rajab Tahun 1537 M, ketika berumur 78 Tahun. Salah satu dari kalangan beliau yang masyhur adalah Maulid Ad-diba'i. Maulid ini sudah berumur lebih dari 450 tahun dan sudah di baca hampir di seluruh dunia islam.




Write a Facebook Comment

Tuliskan Komentar anda dari account Facebook

View all comments

Write a comment